Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) PI Melugu bersama staff KEMAS Sri Aman

7 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mac 2020 iaitu pada sebelah pagi, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Program Pendidikan Literasi bersama staff dari KEMAS Sri Aman dengan menjemput penduduk yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Program ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama peserta bagi sebaranag aktiviti kelas serta untuk membantu peserta yang menghadapi masalah untuk menulis, membaca dan mengira.

Dalam kelas ini, peserta mempelajari tentang huruf-huruf asas seperti huruf A – Z. Mereka juga diminta untuk menulis huruf-huruf yang disebut oleh Cikgu Dayang di atas kertas.

Selain itu, peserta turut diberi pendedahan mengenai program advokasi seperti Klik Dengan Bijak, e-waste dan Check Your Label. Peserta yang hadir telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali